Friday, 13 September 2013

cerita hati

assalamualaikum wbt..

huh!dah berhabuk blog..berdebu2 mcm jerebu dah..hihi

almost a year x update.bila time xder kerja,malas pulak nk update..tpi bila time busy se 'busy'nya mencurah idea datang utk menaip..x tahulaa..keadaan x mengizinkan mungkin.

subhanallah walhamdulillah wa la ilahailallah Allahuakbar..

nak share ape ye..cerita hati?mugkin..tpi mungkin lebih kepada sharing moment kot.
hmm pada raya ke-3 bersamaan 13 ogos 2013, telah berlangsungya majlis risik merisik di kediamanku, baiti jannati. alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar. sebentuk cincin dari pihaknya sebagai tanda.

as time goes on, tiba laa masa utk si dia depart to India.today!14 september 2013..flight pada pukul 9.50 am. saya bertolak dri nilai pada pkul 8.30 ditemani my bff sar n shim dan dgn kelajuan 120km/h tiba di klia pada pkul 9 am.hati berdebar-debar, tangan sejuk membeku seperti ais. hihi..mata melilau ke sana sini mencari tuan empunya badan.akhirnya jumpa.Hanya sebaris senyuman yang dilemparkan.cukuplaa tu kan. (^_^).kemudian tiada lagi kelibatnya..mungkin sibuk menguruskan perihal check-in..nasib baik ad keluarganya yang ramah datang berbual dgn diri ini.selepas menunggu untuk beberapa ketika tiba la masa 4 depart. saya dan keluarganya mengiringi sampailaa ke gate balai perlepasan. setelah bersalam dengan ahli keluarganya, dia berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi.okaylaa..tiada ucapan selamat tinggal untukku???hmm xperlaa..dia sedih kot..

TAPI saya tetap a young lady yang mudah terasa.touching! x faham what is going on. terasa bagai kehadiranku di situ tidak dialukan.sedihh kot..faezah!!!u r strong okay..

okay.dah hantar.baliklaa..tiba2...oh myyyy!surat saman terselit di wiper.huhu.bersedia laa kau bayar saman nanti..huhu..keadaaan sedih menjadi lagi sedih..

faezah, xper..ada hikmah laa semua tu..be a strong girl.smile :)

Wednesday, 31 October 2012

tahniah!!

salam.. alhamdulillah..segala oujian hanya bagi ALLAH.. tahniah!tahniah!tahniah bt abangku atas penganugerahan ijazah sarjana muda.. he is graduated fron ukm in bachelor of syariah education.. sekalung tahniah buat dirimu abang..jatuh bangunmu telah diri ini lihat. uthen u deserved it! kegembiraanmu kegembiraan kita sekeluarga..

Thursday, 18 October 2012

ne video arab assignment!!

GoAnimate.com: nak+raye%21%21 by nur_faezah


Like it? Create your own at GoAnimate.com. It's free and fun! dengaqlaa!! letih buat nie..pasal raya aidil adha..kan dah x lame nak raye korban kan.. apepun SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA~semoga kita semua sentiasa dibawah rahmatNYA yang MAHA ESA..

Tuesday, 16 October 2012

transform!!

assalamualaikum wbt..
dah lama x update gatal pulak tangan nie nak menaip..huh!!lega dah submit assginment BA tdi..poning den dibuatnya..title x tahu lagi tpi type jerlaa ikut yg sedang berlayar kat hati nie kan..entah betul entah tidak ayat BM nie...lame2 x belajar BM i feel like my BM becoming poor day by day..so stupid kan..

okay yang terlintas kat takhta hati ni ialah CINTA..

remaja dan cinta ibarat irama dan lagu.Tidak dapat dipisahkan. Sudah fitrah manusia ingin mencintai dan dicintai.Cinta yang sebenar adalah cinta ALLAH azza wajalla,cinta Rasulullah saw, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada saudara kandung, cintakan kawan-kawan dan semua pasal cinta lah.

YES!! saya pun sama..remaja lagi kan?. cinta yang dicari bukanlah cinta manusia yang not lasting forever tpi cinta DIA YANG MAHA ESA yang kekal abadi. Tetapi dalam perjuangan meraih cinta RABBI hati diuji dengan cinta manusia. Macam mana nie? ya ALLAH tetapkanlah cintaku kepadamu mengatasi segala 'CINTA'. kadang-kadang diri ini leka dibuai arus dunia. kembalikanlah dia ke jalannya. kadan-kadang diri ini tewas melawan kehendak hati. kembalikanlah dia ke jalannya. ya ALLAH jagalah hatiku hanya untuk-MU.


thus,
transform to a new person as a millennium caliph of ALLAH, fantastic daughter of my parent, fabulous zaujah of my husband to be and first-class to- be mom..

need a change for a better tomorrow..

~~TRANSFORM~~

Sunday, 9 September 2012

*manisnya berukhuwah*

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum wbt..

semoga teman2 semua sihat walafiat di bawah jagaan DIA yg maha ESA..

indahnya berukhuwah!!yes..ukhuwah itu sangat unik dan indah..

lahirnya rindu..
terbitnya sayang..

gembira kan..hati riang x terkata..

alhamdulillah..alhamdulillAH..segala puji hanya bagiNYA..

ramai orang kata setiap sesuatu yang terjadi terselit hikmah di sebaliknya..pastinya kan!

betul..agreed..yes..saya x dpt nak belajar dental tapi hikmah yg tersembunyi di sebaliknya x terduga dek akal..

alhamdulillah..x dpt yang dunia tapi dapat yang lebih bernilai iaitu ukhrawi..insyaALLAH..

waktu first datang usim xder mood langsung. kena plak dengan minggu orientasi yang :boring:
tapi rupa2nya ALLAH nak hadiahkan permata untukku..

ya ALLAH..x kusangka dapt berkenalan dengan seorang kakak yang berjiwa penyayang, berbudi bahasa, tersusun tutur katanya, sentiasa berbaik sangka, x jemu menasihati, kental jiwanya, kuat semangatnya untuk ad-din n peramah plak tu..lagi satu x pernah merungut dah selalu dengar akak nie ucap ALHAMDULILLAH dlm setiap perbuatannyer..
kakak nie bru jer habis diploma kat DQ..sukenrye..
hadirnya kakak nie dalam hidupku changed my life..dlu nak smyg subuh kat masjid pun malas skrg dah bley follow cket2..alhamdulillah..
time mkan akak nie selalu jer suap2..best sangat..walaupun baru kenal..sgt suker dgn akak..

malam2 sebelum tdow aer tazkirag cket2..baru kenal tapi banyak ilmu dpt belajar dari akak..

alhamdulillah..uhibbuki fillah abadan abada..

ya ALLAH rahmatilah kakak ilmi..

name akak nie pun best..nur ilmi sobirin..

seindah akhlaknya..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

rakan? kawan? teman? sahabat??

adakah itu semua sama??bagi saya sangat berbeza..

RAKAN nie minda saya kelaskan sebagai org yang kita kenal biase2 jer..

KAWAN plak orang yang kita boleh berbual santai dengan dye..

TEMAN plak orang yg selalu dengan kita siang malam..kat mner2 mesti dia ader..semua kegembiraan kita konsi dengan dia..

tapi SAHABAT nie orang yang kita kenal tapi x serapat teman..namun kat dia laa kita kongsi duka dan masalah..

itu ajer contengan kali ini..salam sayang~

Wednesday, 8 August 2012

surah yg patut sentiasa basah di lidah!!(pesan pada diri sendiri)

  1. Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
  2. Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
  3. Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
  4. Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
  5. Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
  6. Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
  7. Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
  8. Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
  9. Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
  10. Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.