Wednesday, 31 October 2012

tahniah!!

salam.. alhamdulillah..segala oujian hanya bagi ALLAH.. tahniah!tahniah!tahniah bt abangku atas penganugerahan ijazah sarjana muda.. he is graduated fron ukm in bachelor of syariah education.. sekalung tahniah buat dirimu abang..jatuh bangunmu telah diri ini lihat. uthen u deserved it! kegembiraanmu kegembiraan kita sekeluarga..

Thursday, 18 October 2012

ne video arab assignment!!

GoAnimate.com: nak+raye%21%21 by nur_faezah


Like it? Create your own at GoAnimate.com. It's free and fun! dengaqlaa!! letih buat nie..pasal raya aidil adha..kan dah x lame nak raye korban kan.. apepun SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA~semoga kita semua sentiasa dibawah rahmatNYA yang MAHA ESA..

Tuesday, 16 October 2012

transform!!

assalamualaikum wbt..
dah lama x update gatal pulak tangan nie nak menaip..huh!!lega dah submit assginment BA tdi..poning den dibuatnya..title x tahu lagi tpi type jerlaa ikut yg sedang berlayar kat hati nie kan..entah betul entah tidak ayat BM nie...lame2 x belajar BM i feel like my BM becoming poor day by day..so stupid kan..

okay yang terlintas kat takhta hati ni ialah CINTA..

remaja dan cinta ibarat irama dan lagu.Tidak dapat dipisahkan. Sudah fitrah manusia ingin mencintai dan dicintai.Cinta yang sebenar adalah cinta ALLAH azza wajalla,cinta Rasulullah saw, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada saudara kandung, cintakan kawan-kawan dan semua pasal cinta lah.

YES!! saya pun sama..remaja lagi kan?. cinta yang dicari bukanlah cinta manusia yang not lasting forever tpi cinta DIA YANG MAHA ESA yang kekal abadi. Tetapi dalam perjuangan meraih cinta RABBI hati diuji dengan cinta manusia. Macam mana nie? ya ALLAH tetapkanlah cintaku kepadamu mengatasi segala 'CINTA'. kadang-kadang diri ini leka dibuai arus dunia. kembalikanlah dia ke jalannya. kadan-kadang diri ini tewas melawan kehendak hati. kembalikanlah dia ke jalannya. ya ALLAH jagalah hatiku hanya untuk-MU.


thus,
transform to a new person as a millennium caliph of ALLAH, fantastic daughter of my parent, fabulous zaujah of my husband to be and first-class to- be mom..

need a change for a better tomorrow..

~~TRANSFORM~~

Sunday, 9 September 2012

*manisnya berukhuwah*

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum wbt..

semoga teman2 semua sihat walafiat di bawah jagaan DIA yg maha ESA..

indahnya berukhuwah!!yes..ukhuwah itu sangat unik dan indah..

lahirnya rindu..
terbitnya sayang..

gembira kan..hati riang x terkata..

alhamdulillah..alhamdulillAH..segala puji hanya bagiNYA..

ramai orang kata setiap sesuatu yang terjadi terselit hikmah di sebaliknya..pastinya kan!

betul..agreed..yes..saya x dpt nak belajar dental tapi hikmah yg tersembunyi di sebaliknya x terduga dek akal..

alhamdulillah..x dpt yang dunia tapi dapat yang lebih bernilai iaitu ukhrawi..insyaALLAH..

waktu first datang usim xder mood langsung. kena plak dengan minggu orientasi yang :boring:
tapi rupa2nya ALLAH nak hadiahkan permata untukku..

ya ALLAH..x kusangka dapt berkenalan dengan seorang kakak yang berjiwa penyayang, berbudi bahasa, tersusun tutur katanya, sentiasa berbaik sangka, x jemu menasihati, kental jiwanya, kuat semangatnya untuk ad-din n peramah plak tu..lagi satu x pernah merungut dah selalu dengar akak nie ucap ALHAMDULILLAH dlm setiap perbuatannyer..
kakak nie bru jer habis diploma kat DQ..sukenrye..
hadirnya kakak nie dalam hidupku changed my life..dlu nak smyg subuh kat masjid pun malas skrg dah bley follow cket2..alhamdulillah..
time mkan akak nie selalu jer suap2..best sangat..walaupun baru kenal..sgt suker dgn akak..

malam2 sebelum tdow aer tazkirag cket2..baru kenal tapi banyak ilmu dpt belajar dari akak..

alhamdulillah..uhibbuki fillah abadan abada..

ya ALLAH rahmatilah kakak ilmi..

name akak nie pun best..nur ilmi sobirin..

seindah akhlaknya..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

rakan? kawan? teman? sahabat??

adakah itu semua sama??bagi saya sangat berbeza..

RAKAN nie minda saya kelaskan sebagai org yang kita kenal biase2 jer..

KAWAN plak orang yang kita boleh berbual santai dengan dye..

TEMAN plak orang yg selalu dengan kita siang malam..kat mner2 mesti dia ader..semua kegembiraan kita konsi dengan dia..

tapi SAHABAT nie orang yang kita kenal tapi x serapat teman..namun kat dia laa kita kongsi duka dan masalah..

itu ajer contengan kali ini..salam sayang~

Wednesday, 8 August 2012

surah yg patut sentiasa basah di lidah!!(pesan pada diri sendiri)

  1. Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
  2. Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
  3. Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
  4. Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
  5. Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
  6. Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
  7. Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
  8. Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
  9. Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
  10. Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Thursday, 2 August 2012

news!!

assalamualaikum wbt..

all praised to ALLAH..
subhanALLAH walhamdulillah walaila ha'ilallah ALLAHu akhbar..

2 news!!!jeng~~~~~

tghari tdi dia bagitaw dpt placement twinning..ALHAMDULILLAH..*tumpang gembire jer pun*
xperlaa xdpt full pun..half pun dah okay..
katanya lagi maybe la kan 3 years kat luar 3 years kat dlm..(kena tggl ler.hihi)
harap2 apepun yg terbaik larh..
doaku semoga berjaya..
tercapai jgak impian dia nak sambung study kat ireland..(^_^)
congratz!!pandai2laa jage diri kat tmpt org nanti yer..
(lambt laginyer..next year__berjanggut larh tggu)
insyaALLAH..

T.A.P.I

nie nak nangis nie..
tadi lepas balik terawih..
ma dpt kol..
my cousin excident..
ya ALLAH selamatkanlah dia..
bantulah dia..
dia bonceng kawan dia pegi jerteh..
sedeyh!!
ya ALLAH kuatkanlah dia..
sembuhkanlah dia..ameenn..

Saturday, 28 July 2012

sirap bandung cincau yummy


nyum2~

ingredients:

50ml sirap  (klau nak sedap gune kordial ros f &n)
100 ml susu pekat manis 
cincau (setakat mane nak)
100ml ais krim (best taw klau add in)
300ml air (mineral water)

1. mula2 masukkan susu pekat manis + sirap ke dalam gelas
2. pastu, kacau sebatu
3. dah siap tambahkan pulak ais krim
4. okay, kemudian tuangkan air. kacau kan sumer bahan sebati.
5. last sekali tambahkan cincau

p/s: masukka  ais krim dlu sebelum air taw..

dah siap~blye wat berbuke puase pun.


Thursday, 26 July 2012

surah al-Baqarah ayat 216

 

Fighting is prescribed for you, and yOU dislike it. But it is possible that you dislike a thing which is good for you, and that ye love a thing which is bad for you. But Allah knoweth, and you know not.

mengapa harus menanggung derita? sedangkan ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita..

bertenanglah, bersabarlah duhai hati..

org len duk berjihad habis2san kat syria n burma sana..umat ISLAM dibunuh dan dizalimi dengan kejam..sedangkan kita oppss 'saya' duk sedih2 dgn masalah yg sekecil zarah tu jer..

insyaALLAH ur'll find your way..

ya ALLAH bantulah saudara seagamaku iaitu ISLAM di seluruh dunia.. sesungguhnya mereka berjuang demi syiarMU..bantulah kami ya ALLAH..kuatkanlah kami ya ALLAH..

Saturday, 21 July 2012

perkara yang boleh membatalkan puasa..


PUASA (PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN PUASA

Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?

1. Makan dan minum dengan sengaja (ijmak ulamak); berdalilkan pemahaman dari ayat Allah; “…maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)…”. (al-Baqarah; 187)

2. Bersetubuh dengan isteri pada pada siang hari bulan Ramadhan walaupun tanpa keluar mani (ijmak ulamak); berdasarkan pemahamana dari ayat di atas.

3. Muntah dengan sengaja walaupun sedikit (berdasarkan pandangan Imam Malik dan Syafi’ie); berdalilkan hadis Nabi s.a.w.; “Sesiapa yang terpaksa muntah, maka (tidaklah batal puasanya dan) ia tidak wajib mengqadha’ dan sesiapa yang sengaja muntah, maka (batallah puasanya dan) ia wajib mengqadhanya” (HR Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.). Mengikut pandangan Imam Abu Hanifah; tidak batal puasa kecuali banyak (penuh mulut). Jika muntah berlaku tanpa sengaja tidak batal puasa dengan ijmak ulamak.

4. Kedatangan haid dan nifas (ijmak ulamak); wanita apabila kedatangan haid atau nifas, maka batallah puasanya dengan sendirinya. Kemudian wajib ia menggantikan puasanya pada hari-hari lain di luar Ramadhan.

5. Mengeluarkan air mani dengan perbuatan secara lansung yang disengajakan seperti mengeluar dengan tangan (sama ada tangan sendiri atau tangan isteri), bercium atau berpelukan dengan isteri dan sebagainya. Adapun jika keluar mani kerana melihat atau berfikir/khayal, tidaklah membatalkan puasa –kerana ia seumpama mimpi- kecuali orang yang menjadi kebiasaan baginya. Namun begitu perbuatan tersebut adalah makruh. Begitu juga, jika yang keluar adalah air mazi, tidaklah membatalkan puasa.

6. Memasukkan sesuatu bukan makanan melalui saluran terbuka yang menyampai ke rongga perut, yakni memasukkan melalui mulut atau hidung. Perkara ini membatalkan puasa mengikut mazhab Syafi’ie, Malik dan jumhur ulamak dengan mengkiaskannya kepada makanan dan minuman.

7. Memasukkan ubat melalui lubang dubur; membatalkan puasa mengikut jumhur ulamak kecuali Imam Malik (mengikut satu pandangannya) dan Imam Daud.

8. Menitikkan air atau ubat ke dalam lubang telinga dan lubang kencing membatalkan puasa menurut Imam Syafi’ie. Begitu juga, menyedut ubat melalui hidung.[1]

9. Pengsan sepanjang hari akan membatalkan puasa dengan disepakati sekelian ulamak. Adapun tidur sepanjang hari tidak membatalkan puasa dengan ijmak juga.

10. Gila; jika seseorang itu menjadi gila, batallah puasanya kerana ia telah hilang darinya kelayakan untuk beribadah.

11. Berbekam (mengeluarkan darah); batal puasa mengikut Imam Ahmad. Jumhur ulamak tidak membatalkannya.

12. Berniat keluar dari puasa; batal puasa mengikut Imam Ahmad. Menurut Abu Hanifah, majoriti ulamak mazhab Maliki dan yang rajih dalam mazhab Syafi’ie; tidak batal puasa.

notes!!!

[1] Ketetapan umum dalam mazhab Syafi’ie; membatalkan puasa dengan memasukkan sesuatu ke rongga dalam badan (iaitu rongga halqum ke perut, rongga kepala (otak), usus dan pundi kencing) melalui saluran yang terbuka di badan. Sama ada benda yang dimasukkan itu kecil atau besar, makanan atau bukan makanan. Yang dimaksudkan saluran terbuka pada badan itu ialah mulut, hidung, telinga, kemaluan/faraj (saluran kencing) dan dubur (saluran berak).

Friday, 20 July 2012

ramadhan kareem

assalamualaikukm wbt..

ramadhan kembali lagi..

alhamdulillah..segala puji hanya bagi ALLAH kerana telah diberi kesempatan untuk "berdating" dengan ramadhan lagi..

semoga ramadhan kali ini memberi seribu satu perubahan dalam amalan kita..much3 better daari tahun before..



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Monday, 16 July 2012

kata seorang teman..

si dia: awk skrg nie what is ur feeling?


saya: i have no feeling..hehe..dasyat x?


si dia:dasyat sgt..hehe..awk nangis x?


saya: xpun..
si dia: awk lepas nie nak g maner..


saya: i dont know..sy redha dah dengan ketentuan..ALLAH dah bagi yg terbaik.


si dia: awk, u should think of it.. can i suggest something to you?


saya: what?


si dia: why dont u be a teacher..i just sort of giving my opinion not forcing u..


saya: yeah..i know..but how?


si dia: but i dont know how..dah bncg dgn ur parent?


saya: in my mind, sy nak teruskan jgak dgn chemi tu..the end by master by 6 years..pastu continue


si dia: chemist tu mcm susah la na get a place..because u r girl.from ap yg org dgr.


                               ~yerlarh..dye bakal jdi doctor..ameen~


(runtumnyer hati kiter)


hati yg dah sedia retak hancur berderai..hurm ..:(


tapi itulah kebenaran..
kebenaran itu menyakitkan..




*kebenaran tetap kebenaran kan*








apepun terima kasih my fren..

my future..

assalamualaikum..

sarjana muda kimia industri..

alkisahnyer..sy x tahu saya minat aper..dah dpt course nie..redha jerlaa..kan ALLAH dah bagi yg terbaik..

smile..

ada hikmah laa tu faezah oii..

xperlaa..dah taw dah nak tiru mcm saper..

my kakak sepupu..

hmm..dye org hebat..dah dpt pun tawaran wat medic kat canada..dalam 5 org pelajar malaysia dye sorg jer pelajar melayu..tapi sebb dye minat chemi sgt2 so tolak tawaran tue..

but amazing! umur baru 22 dah ader master..dah jdi lecturer lgi..

harap2 nak ikut jejak langkah dye..ameeenn..

ALLAH mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya..

pasrah+ redha..

Thursday, 21 June 2012

i was the balck sheep of the family..

assalamualaikum wbt..

today just wanna express the thing which come from bottom of my heart..

mummy,

i know i was the black sheep of the family..
everything i did, i was totally wrong..
maybe it already wrong from the beginning n what the hell i didn't realize it at all..

every time i move,i know u're here with me..
just ur girl didn't dare enough to hold your hand..
why???
because i worried what i gonna do,
will hurt you mom..

i don't want to make your hearts become pieces..
i want you to smile everyday,
i want you to enjoy this beautiful life,
i want you to spend your time to your own self,
i want you to experience the thing you never did before..
AND your lil girl always pray for you.

ma...
i wish you can forgive me:
for all my wrong done..
for making you in trouble..
for my behave (evil)..
for making you mad..
for MAKING YOUR LIFE LIKE A DULL..

i know all these things came from me..
my fault..
you can blame on ME..

ma,
i want you to know,
i never regret to have a mom like you..
such a gifted from HIM..
you are my life..
my hope..
my everything..

i promise you mom,
i'll give the greatest present to you..
one day..
i promise to myself..

LOVE ayou damn muchh~~


Tuesday, 19 June 2012

6 flowers mewarnai L.i.F.e

assalamualaikum wbt..
hari ni x byk cerita pun tapi nak share my besties moment dgan insan bernama kawan..
dalila diyana,fateen,nasuha,shimah,dalila n Me~
ttd 02 2o11/2o12..
rindukan kalian sgt2..
cinta itu cahaya sanubari,
kurniaan tuhan fitrah insani,
dan di mana tercipta nya cinta di situ rindu bermula..
semua kerana cinta,
yang pahit manis dirasa,
menghibur nestapa,
merawat duka,
damai di jiwa..
















ukhuwah fillah abadan abada..
ukhuwah till janna..ameen





Monday, 18 June 2012

.:::abang sayang adeeq:::.

peace be upon you..

Alhamdulillah masih lagi dipinjamkan nyawa.

pagi2 lagi dah happy..kuikui.. sebab aper? sebab my mom smile this morning. sweet kiss for u mummy.mmmuuahh..hehe.entah aper2..

citer hari nie sebenarnya memang menarik sangat. Macam ni pagi tadi teman my abang keluar pergi bank la, beli baju la, beli ikan emas la (xleyh emas ikan emas pun jadi lerr.hihi),tulaa nielaa n macam2.

Waktu abg turun kedai pergi tengok ikan, saya duk ajer dalam keter tu. tempatnya plak memang strategik that is kat tepi traffic light.macam2 ragam org bleyh tgok,n macam2 keter besar jgak..hihi.giler besi kot~kuikui..

oppss sambung lagi, lepas tu saya tengok dua orang adik beradik nek basikal. si abang n si adek perempuan yang comel. Si abg tu rasanya tingkatan 1 kot n adik dia plak 4 tahun rasanya.adek membonceng basikal dengan abang.huh!memang pergghh..comel giler.. pastu tiba2 rantai basikal tu putus, si abg pun apa lagi guna brek kakinya pastu turun supaya si adik x jatuh. pastu adik ni turun basikal dengan mulut memuncung panjang sambil tangan erpeluk tubuh.comel sgt.

then si abg ni pegang2 kepala adik dia..tengah pujuk kot.kemudian nampak si adik nek atas basikal semula.si abg ni tuntun(x sure ler plak perkataan ni) basikal ni. memang sweet kan abg macam ni.nampak la sygnya kat si adik ni.

P/S: kita plak?mesti kena sayang adik-beradik kita taw. diorang insan terdekat dalam hidup kita.kan
      siblings nie membesar bersama. dah lali dah perangai masing2 kan..sayang sgt adik beradik
      saya abg yih,abg amin n adekk~with luv

Sunday, 17 June 2012

bonda ayahanda..

ASSALAMUALAIKUM..






nie yang yesterday punya story.. TAPI malas laa plak nak buat. so let make it today. hehe. macam nie waktu tu saya baru siap parking kereta teman sepupu pergi KFC. then waktu nak pergi kat sepupu tu lalu dekat depan sebuah klinik. ADA seorang pemuda ni sedang menggendong emaknya keluar dari klinik bawa ke kereta. ya ALLAH.. sejuk perut emak dia mengandungkan dia. Sejak dari saya terpandang mata saya masih lagi tidak berganjak dari mak cik & pemuda ni sampai la pemuda ni seated her mom dalam kereta.  bagusnya. saya tak pernah tengok before. mengagumkan. terdetik kat hati : "mampukah saya nak jadi anak sepertinya suatu hari nanti?". insyaALLAH.. ma,abah i'll prove it dengan izin ALLAH..

UNTUK ANAK2 DI LUAR SANA>>>>

pastinya kita takkan mampu membalas segala pengorbanan ibu bapa kita. tapi yang mampu kita lakukan adalah berbakti kepada mereka along our life. sentiasa mendoakan mereka kesejahteraan mereka. senyuman mereka membahgiakan kita.

_ sayang sangat ma dan abah _

kawen oh kawen..


                                A.W.A.K


assalamualaikum..
sajer jer nak tulis kat sini even xder org nak baca pun.at least aku puas hati.
dahlaa duk membina lemak jer kat umah.huhuk.

tetiba malam2 nie angau laa plak..hihi..bila la aku nak kahwinn nih.x sabar nak hadiahkan sorg lagi anak lelaki untuk ma dan abah. padahal muda lagi.study entah ke mana lagi. Asernya dah fitrah kot manusia suka topik kahwin ni.awatnyer laa.gatal kowt..kuang kuang..*_*

untuk awk,
kat mana pun awk semoga berbahagia selalu yer..hihi.
semoga awk dapat atasi segala hardships kat kmb ea.toing3
klau dah suka datang ler meminang ea. tu pun kena bagtaw ka??
entah ape2 duk mengarut..kuikuikui..

adoi..perut lapar ler plak.jom makan~

Friday, 15 June 2012

today




sesiapapun yang beramal soleh, dari lelaki atau perempaun sedang dia beriman maka sesungguhnya Kkami akakn menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami kakan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.

          (aN-nAHL:97)

mengemis kasih





                                        



Tuhan dulu pernah aku menagih simpati..
Kepada manusia yang alfa jua buta..
Lalu terhiritlah aku dilorong gelisah..
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah..................

Semalam sudah sampai ke penghujungnya..
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu..
Tak ingin lagi ku ulangi kembali..
Gerak dosa yang menghiris hati......

Tuhan dosaku menggunung tinggi..
Tapi rahmatMu melangit luas..
Harga selautan syukurku..
Hanyalah setitis nikmatMu dibumi...................

Tuhan walau taubat sering ku mungkir..
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi..
Bila selangkah ku rapat pada MU..
Seribu langkah Kau rapat padaku................

ALLAH the almighty

Wednesday, 13 June 2012

sOLatku

mcm diri kita tak??



assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
dah sekian lama tak menconteng kat sini..rindu plak..biaserlaa manusia macam saya ni memang hangat2 tahi ayam sikit..time first jumpa bukan main lagi..2 entri sehari...last2 satu pun tak terbuat,,TAPI kan macamlaa banyak sangat entri yang dah buat..okay2..dah2..banyak sangat dah melalut..

let's return back to the main topic: SOLAT 5 WAKTU

hmm..cukup tak solat hari ni kengkawan?pastinya cukup kan..yang tak pastinya kusyuk ke tak ajer. sebenarnya tujuan entri kali ini nak menyeru diri saya dan kawan kat luar sana untuk SOLAT 5 WAKTU..ishh..aperlaa..tak kan tu ajer kot..macam ni, sembahyang memang la sembahyang..cukup memang la cukup kan..yang saya nak highlight here SOLAT 5 WAKTU PADA AWAL WAKTU..


kawan2,
kita kan hamba bila ALLAH dah panggil melalui azan yookkk terus kerjakan perintah yang kita kena buat..
tinggal semua kerja yang lain dan kerjakan priority kita..pesanan untuk diri sendiri dan kawan2 juga. semoga kita sama2 dapat manfaatnya.

jumpa lagi dan selamat beramal~