Saturday, 28 July 2012

sirap bandung cincau yummy


nyum2~

ingredients:

50ml sirap  (klau nak sedap gune kordial ros f &n)
100 ml susu pekat manis 
cincau (setakat mane nak)
100ml ais krim (best taw klau add in)
300ml air (mineral water)

1. mula2 masukkan susu pekat manis + sirap ke dalam gelas
2. pastu, kacau sebatu
3. dah siap tambahkan pulak ais krim
4. okay, kemudian tuangkan air. kacau kan sumer bahan sebati.
5. last sekali tambahkan cincau

p/s: masukka  ais krim dlu sebelum air taw..

dah siap~blye wat berbuke puase pun.


Thursday, 26 July 2012

surah al-Baqarah ayat 216

 

Fighting is prescribed for you, and yOU dislike it. But it is possible that you dislike a thing which is good for you, and that ye love a thing which is bad for you. But Allah knoweth, and you know not.

mengapa harus menanggung derita? sedangkan ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita..

bertenanglah, bersabarlah duhai hati..

org len duk berjihad habis2san kat syria n burma sana..umat ISLAM dibunuh dan dizalimi dengan kejam..sedangkan kita oppss 'saya' duk sedih2 dgn masalah yg sekecil zarah tu jer..

insyaALLAH ur'll find your way..

ya ALLAH bantulah saudara seagamaku iaitu ISLAM di seluruh dunia.. sesungguhnya mereka berjuang demi syiarMU..bantulah kami ya ALLAH..kuatkanlah kami ya ALLAH..

Saturday, 21 July 2012

perkara yang boleh membatalkan puasa..


PUASA (PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN PUASA

Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?

1. Makan dan minum dengan sengaja (ijmak ulamak); berdalilkan pemahaman dari ayat Allah; “…maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)…”. (al-Baqarah; 187)

2. Bersetubuh dengan isteri pada pada siang hari bulan Ramadhan walaupun tanpa keluar mani (ijmak ulamak); berdasarkan pemahamana dari ayat di atas.

3. Muntah dengan sengaja walaupun sedikit (berdasarkan pandangan Imam Malik dan Syafi’ie); berdalilkan hadis Nabi s.a.w.; “Sesiapa yang terpaksa muntah, maka (tidaklah batal puasanya dan) ia tidak wajib mengqadha’ dan sesiapa yang sengaja muntah, maka (batallah puasanya dan) ia wajib mengqadhanya” (HR Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.). Mengikut pandangan Imam Abu Hanifah; tidak batal puasa kecuali banyak (penuh mulut). Jika muntah berlaku tanpa sengaja tidak batal puasa dengan ijmak ulamak.

4. Kedatangan haid dan nifas (ijmak ulamak); wanita apabila kedatangan haid atau nifas, maka batallah puasanya dengan sendirinya. Kemudian wajib ia menggantikan puasanya pada hari-hari lain di luar Ramadhan.

5. Mengeluarkan air mani dengan perbuatan secara lansung yang disengajakan seperti mengeluar dengan tangan (sama ada tangan sendiri atau tangan isteri), bercium atau berpelukan dengan isteri dan sebagainya. Adapun jika keluar mani kerana melihat atau berfikir/khayal, tidaklah membatalkan puasa –kerana ia seumpama mimpi- kecuali orang yang menjadi kebiasaan baginya. Namun begitu perbuatan tersebut adalah makruh. Begitu juga, jika yang keluar adalah air mazi, tidaklah membatalkan puasa.

6. Memasukkan sesuatu bukan makanan melalui saluran terbuka yang menyampai ke rongga perut, yakni memasukkan melalui mulut atau hidung. Perkara ini membatalkan puasa mengikut mazhab Syafi’ie, Malik dan jumhur ulamak dengan mengkiaskannya kepada makanan dan minuman.

7. Memasukkan ubat melalui lubang dubur; membatalkan puasa mengikut jumhur ulamak kecuali Imam Malik (mengikut satu pandangannya) dan Imam Daud.

8. Menitikkan air atau ubat ke dalam lubang telinga dan lubang kencing membatalkan puasa menurut Imam Syafi’ie. Begitu juga, menyedut ubat melalui hidung.[1]

9. Pengsan sepanjang hari akan membatalkan puasa dengan disepakati sekelian ulamak. Adapun tidur sepanjang hari tidak membatalkan puasa dengan ijmak juga.

10. Gila; jika seseorang itu menjadi gila, batallah puasanya kerana ia telah hilang darinya kelayakan untuk beribadah.

11. Berbekam (mengeluarkan darah); batal puasa mengikut Imam Ahmad. Jumhur ulamak tidak membatalkannya.

12. Berniat keluar dari puasa; batal puasa mengikut Imam Ahmad. Menurut Abu Hanifah, majoriti ulamak mazhab Maliki dan yang rajih dalam mazhab Syafi’ie; tidak batal puasa.

notes!!!

[1] Ketetapan umum dalam mazhab Syafi’ie; membatalkan puasa dengan memasukkan sesuatu ke rongga dalam badan (iaitu rongga halqum ke perut, rongga kepala (otak), usus dan pundi kencing) melalui saluran yang terbuka di badan. Sama ada benda yang dimasukkan itu kecil atau besar, makanan atau bukan makanan. Yang dimaksudkan saluran terbuka pada badan itu ialah mulut, hidung, telinga, kemaluan/faraj (saluran kencing) dan dubur (saluran berak).

Friday, 20 July 2012

ramadhan kareem

assalamualaikukm wbt..

ramadhan kembali lagi..

alhamdulillah..segala puji hanya bagi ALLAH kerana telah diberi kesempatan untuk "berdating" dengan ramadhan lagi..

semoga ramadhan kali ini memberi seribu satu perubahan dalam amalan kita..much3 better daari tahun before..



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Monday, 16 July 2012

kata seorang teman..

si dia: awk skrg nie what is ur feeling?


saya: i have no feeling..hehe..dasyat x?


si dia:dasyat sgt..hehe..awk nangis x?


saya: xpun..
si dia: awk lepas nie nak g maner..


saya: i dont know..sy redha dah dengan ketentuan..ALLAH dah bagi yg terbaik.


si dia: awk, u should think of it.. can i suggest something to you?


saya: what?


si dia: why dont u be a teacher..i just sort of giving my opinion not forcing u..


saya: yeah..i know..but how?


si dia: but i dont know how..dah bncg dgn ur parent?


saya: in my mind, sy nak teruskan jgak dgn chemi tu..the end by master by 6 years..pastu continue


si dia: chemist tu mcm susah la na get a place..because u r girl.from ap yg org dgr.


                               ~yerlarh..dye bakal jdi doctor..ameen~


(runtumnyer hati kiter)


hati yg dah sedia retak hancur berderai..hurm ..:(


tapi itulah kebenaran..
kebenaran itu menyakitkan..




*kebenaran tetap kebenaran kan*








apepun terima kasih my fren..

my future..

assalamualaikum..

sarjana muda kimia industri..

alkisahnyer..sy x tahu saya minat aper..dah dpt course nie..redha jerlaa..kan ALLAH dah bagi yg terbaik..

smile..

ada hikmah laa tu faezah oii..

xperlaa..dah taw dah nak tiru mcm saper..

my kakak sepupu..

hmm..dye org hebat..dah dpt pun tawaran wat medic kat canada..dalam 5 org pelajar malaysia dye sorg jer pelajar melayu..tapi sebb dye minat chemi sgt2 so tolak tawaran tue..

but amazing! umur baru 22 dah ader master..dah jdi lecturer lgi..

harap2 nak ikut jejak langkah dye..ameeenn..

ALLAH mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya..

pasrah+ redha..